“So Tight Tu” – Netizen Marah Ibu Pakai Sellotape & Plastik Ganti Pampers yang Habis

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang ibu yang menggantikan lampin anaknya yang kehabisan dengan menggunakan plastik dan sellotape telah mengundang kec4man netizen.

Menerusi video tersebut, ibu berkenaan difahamkan terpaksa bebuat demikian atas sebab lampin anaknya telah habis pada pukul 2 pagi dan pastinya tidak dapat dibeli di kedai kerana sudah tutup pada jam sebegitu.

Malah, turut dilihat anaknya dikelilingi ahli keluarga yang turut membantu ibu itu memakaikan plastik dan sellotape pada anaknya yang menangis.

Pampers darurat, kehabisan pampers lepas jam 2 pagi. Akhirnya buat pampers darurat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan kepada kanak-kanak itu yang menangis dan kelihatan tidak selesa dengan lampin tersebut.

“Dulu tiada pampers… kami guna kain sarung saja … lebih selesa buat si baby. kasian mesti tidak selesa ni,” tulis seorang pengguna TikTok

Pampers Darurat???. kehabisan Pampers pas jam 2 pagi. akhirnya opa Q bikin Pampers Darurat ???#cucusultan #guemahbodoamat#pampers

? suara asli – Chitanda Eru ? – MUGIWARA ?

Malah, ada juga yang mengec4m tindakan ibu tersebut yang disifatkan sebagai pemalas dan seperti menyakiti anaknya sendiri.

“Ketat sangat dia letak sellotape dekat babytu.. astaqfirullah,” tulis seorang netizen.

SEJARAH LAMPIN PAKAI BUANG 💗

“ABANG.. kalau ke kedai nanti tolong belikan pampers anak,” itulah ungkapan yang sering diucapkan majoriti masyarakat di negara ini, yang mana merujuk kepada lampin pakai buang.

Pampers adalah jenama lampin pakai buang dari Amerika Syarikat (AS) dan menjadi antara peneraju dan pertama seumpamanya ketika itu pada tahun 50-an.

Menurut sejarah, Pampers diilhamkan pada 1956 oleh penyelidik Procter and Gamble (P&G), yang dikenali sebagai Victor Mills, apabila dia tidak suka menukar lampin kain yang digunakan oleh cucunya.

Menyedari masalah itu, dia mengarahkan pakar penyelidik lain dalam bahagiannya di Miami Valley, Ohio untuk menjalankan kajian bagi menghasilkan lampin pakai buang.

Akhirnya Pampers telah diperkenalkan pada 1961 dengan rasminya selepas melalui pembangunan dan penyelidikan (R&D) oleh Victor Mills dan Norma Lueders Baker.

Manakala, nama Pampers dicipta oleh Alfred Goldman, Pengarah Kreatif di Benton & Bowles, iaitu agensi iklan pertama jenama itu.

Ketika pengenalan awal Pampers itu adalah dalam bentuk besar dan berat yang terdiri daripada bulu-bulu pulpa, kepingan rayon dan polietilena.

Pada 1969, Pampers telah menjadi jenama kebangsaan di AS ketika itu.

Syarikat pengeluar lampin pakai buang itu, telah menggantikan reka bentuk pin-on dengan pita pada 1971.

Saiz lampin bagi anak kecil dan saiz bayi pramatang juga telah diperkenalkan.

Pada 1973, P&G telah menambah baik lampin pakai buangnya dengan membesarkan kain di bahagian lampin pakai buang bagi membendung air kencing atau najis yang belum diserap. Malah, paten pertama untuk kegunaan berganda dalam lampin adalah pada 1973.

Pada 1982 Pampers memperkenalkan lampin Wingfold elasticized dan mula memperkenalkan Luvs pada 1976 serta berkembang menjadi satu standard industri pada 1985.

Hanya pada 1986, revolusi lampin pakai buang dihasilkan dengan pengenalan lampin nipis diperbuat daripada jel penyerap, yang mana menjadikan berat purata medium saiz lampin datang diturunkan sebanyak 50 peratus.

Awal 1990-an juga menyaksikan pengenalan lampin khusus mengikut jantina dalam jenama Pampers itu dan kemudiannya dikembalikan kepada lampin pakai buang unisex menjelang akhir dekad itu.

Selain Malaysia, di kebanyakan negara Arab dan Rusia, perkataan ‘pampers’ juga merujuk kepada lampin pakai buang.

Sumber: Beautifulnara

Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa