Gara-Gara Pampers Habis, Bayi Ini Terpaksa Pakai Tuala Wanita!

Seperti biasa, bagi anak-anak yang masih kecil akan menggunakan lampin atau pampers kerana masih tidak pandai menggunakan tandas.

Kebanyakkan dari mereka akan bergantung kepada lampin dan pampers ini sehingga usia mereka mencecah tiga tahun.

Namun, berbeza pula dengan gelagat pasangan ibu dan ayah ini apabila mereka menggunakan kreativiti menggantikan pampers bayi dengan tuala wanita untuk anak mereka.

Kenapa nak guna tuala wanita pula tu? Rupa-rupanya ini sebabnya…

Baru-baru ini, tular di laman Tiktok memaparkan seorang bayi terpaksa memakai tuala wanita kerana pampers di rumah dah habis! Memang video ini mendapat tumpuan ramai kerana lucu!

Menerusi video dari aisykyle_, kelihatan seorang lelaki sedang merakam anaknya sambil bertanya jenis pampers apa yang dipakainya.

Apa yang melucukan adalah apabila dia membuka seluar anaknya, rupanya anaknya itu memakai tuala wanita bukannya pampers bayi!

Menurut lelaki tersebut, pampers sudah habis dan isterinya terpaksa memakaikan anak mereka tuala wanita buat sementara waktu. Kreatif juga cari jalan penyelesaian!

“KENAPALAH TAK TERFIKIR SEBELUM NI”

Menjengah ke ruangan komen, video yang mendapat 2.5M views ini mendapat komen yang pelbagai dan rata-rata netizen pun terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa ibu dan ayah ini berfikiran ke hadapan. Bagus

Sumber: Tiktok aisykyle

Baca lagi cerita dibawah

Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:

Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.

Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:

Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur

Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil

Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :

Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu

Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu

Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu

Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa

Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut

Lupakan budi baikmu terhadap orang lain

Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa